Memang sukar dan memang susah untuk menerima kebenaran ayat-ayat di atas. Tapi makin lama makin merasai bahang-bahang tersebut.. Mungkin selama ini tidak peka atau mungkin sengaja atau mahu menerima hakikat yg sebenarnya..tapi bile di fikir, di renung dan di kenangkan kembali, memang sedih..teramat-amat sedih...
Orang yang ku sayang, insan yg hanya seorang inilah yg ku bergantung harap, tempat mengadu susah dan senang makin jauh meninggalkan. Ini adalah kerana jurang kami telah amat jauh sekali.. kalau dulu hanya seluas parit yg boleh di langkah tapi kini jurang yg ku rasakan seperti selat Melaka luasnya...
Kalau dulu tak pernah berkira soal makan dan pakai kami sekeluarga tapi kini amat ketara sekali perubahannya. Walaupun kami ada di depan mata, amat berat untuk nya mempelawa kami walaupun sekadar "ajak-ajak ayam" menurut pepatah orang tua-tua...
Yang teramat perit hati ini bila tidak melayan pertanyaan-demi pertanyaan yg keluar dari anak-anak "istimewa" ku. Susah sangat ke nak membuka mulut, berketul-ketul emas agaknya yg akan keluar dari mulutnya agaknya kalau sekadar menjawab soalan ringkas dari anak-anak ku itu.
Mungkin kami dah terlalu banyak menyusahkan mereka sekeluarga sehingga tak dapat memberi lagi walaupun sekadar ucapan.
Adakalanya sukar mentafsirkan...
Sekiranya Allah memberikan hujan duit pada kami, akan ku berikan semula segala apa yg di berikan oleh mu duhai saudara ku...
Pada yg terbaca coretan blog ini, sila abaikan saje..hanya luahan hati seorang adik, ibu dan juga anak yg terasa..
No comments:
Post a Comment